- Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah
- Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
- Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah
- Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah
- Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah
- Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi
- Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah
- Memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah
- Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan
- Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah